perlaksanaan tugas pegawai berkenaan. Bagi tiap-tiap sifat ada diberikan huraian tentang maksud tahap pencapaian di peringkat 1 dan di peringkat 7. Pegawai Pelapor hendaklah menggunakan kebijaksanaan bagi menentukan di peringkat manakah pencapaian pegawai bagi setiap sifat. Satu bentuk ukuran tentang peringkat pencapaian yang dianggapkan sentiasa menemui tahap minimum (Peringkat 5) haruslah diwujudkan oleh Pegawai Pelapor. Ketua Jabatan perlu memainkan peranan bagi memastikan bahawa ukuran ini adalah jelas dan selaras disemua peringkat pegawai.
5.4.2.     Pegawai Pelapor juga hendaklah sentiasa ingat bahawa di dalam sistem penilaian, kepercayaan diletakkan kepada mereka untuk membuat penilaian secara yang tepat dan adil.Oleh itu, Pegawai Pelapor hendaklah mengamalkan sikap jujur dan amanah di dalam melaksanakan tugas ini.
5.5. Bahagian VII - Penilaian Potensi dan Kemajuan Kerjaya
5.5.1.     Tujuan bahagian ini ialah untuk mendapatkan gambaran dari segi sama ada pegawai mempunyai kebolehan untuk memikul tanggungjawab dalam jawatan yang lebih tinggi.
5.6. Bahagian VIII - Penjelasan oleh Pegawai Pelapor
5.6.1.    Tujuannya ialah untuk memberi peluang kepada pegawai yang dinilai memperbaiki prestasi kerjanya dari masa ke semasa dan laporan yang diberi oleh Pegawai Pelapor adalah menggambarkan prestasi kerja yang sebenarnya.
5.7. Bahagian IX - Kesesuaian Kenaikan Pangkat
5.7.1.     Tandaan mana-mana kotak di bahagian ini hendaklah dibuat bersesuaian dan sejajar dengan penilaian yang dibuat di Bahagian VIA dan B, Borang Laporan Nilaian Prestasi Tahunan 1/87.
5.8. Bahagian X - Ulasan Ketua Jabatan
5.8.1.     Ketua Jabatan hendaklah memberi ulasan sama ada Laporan Nilaian Prestasi yang telah disediakan oleh Pegawai Pelapor dan Pegawai Penilai Semula dibuat dengan sempurna dan adil.

6.

PENUTUP

Sekiranya terdapat apa-apa masalah atau keraguan mengenai panduan yang disediakan ini, Pegawai Pelapor dan Pegawai Penilai Semula bolehlah menghubungi Bahagian Perkhidmatan, Cawangan Kenaikan Pangkat, Jabatan Perkhidmatan Awam untuk mendapatkan keterangan yang lebih jelas.


mukasurat 12