2.3. Bentuk-bentuk Struktur Organisasi

2.3.1.

Struktur sesebuah organisasi boleh dibentuk berasaskan kepada 3 faktor utama, iaitu:

- fungsi;
- perkhidmatan dan kemudahan; dan
- kawasan

2.3.2.

Struktur organisasi yang berdasarkan kepada faktor fungsi dikenali sebagai struktur fungsian (functional structure). Sementara yang berdasarkan kepada perkhidmatan dan kemudahan dinamakan struktur pengeluaran (product structure) dan struktur yang berdasarkan kepada kawasan dinamakan sebagai struktur wilayah (regional structure). Bagi organisasi yang strukturnya dibentuk berasaskan kepada campuran faktor-faktor di atas, ia dinamakan sebagai struktur berbagai (multi-structure). Dalam hubungan ini, adalah perlu diambil perhatian

 


mukasurat 21