3. |
Cuti Belajar tidak dikenakan ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan. |
4. |
Pegawai yang menerima SSB tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan jika tempoh kursus melebihi 180 hari dalam satu tahun kalender sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 seperti cabutan di Lampiran D. |
5. |
Pegawai dalam pemangkuan semasa berkursus tidak akan dibayar Elaun Memangku mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bi. 7 Tahun 1993 sekiranya kursus yang diikuti melebihi 92 hari seperti di Lampiran F. |
6. |
Pegawai dalam Perkhidmatan Kritikal yang mengikuti kursus melebihi tiga bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal sebagaimana yang ditetapkan dalam surat JPA(S)256/21/3 Klt.2/(38) bertarikh 30 November 1992 seperti di Lampiran G. |
7. |
Pegawai tidak layak dibayar Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sebagaimana ditetapkan dalam surat JPA(S)2760/10 Klt.6/(28) bertarikh 7 Ogos 1996 seperti di Lampiran H. |
8. |
Jawatan pegawai disimpan kosong bagi sepanjang tempoh mengikuti kursus. |
mukasurat 22