5.

Pegawai dalam pemangkuan semasa berkursus tidak akan dibayar Elaun Memangku mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 sekiranya kursus yang diikuti melebihi 92 hari seperti di Lampiran F.

6.

Pegawai dalam Perkhidmatan Kritikal yang mengikuti kursus melebihi tiga bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal sebagaimana yang ditetapkan dalam surat JPA(S)256/21/3 Klt.2/(38) bertarikh 30 November 1992 seperti di Lampiran G.

7.

Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai adalah tertakluk kepada pegawai menerima elaun bantuan sewa rumah di bawah Biasiswa atau tidak sebagaimana yang ditetapkan dalam surat JPA(S)2760/10 Klt.6/(28) bertarikh 7 Ogos 1996 seperti di Lampiran H.

 

*Biasiswa Yang Boleh Diambilkira Untuk
Tujuan Perkiraan Faedah-faedah Pencen

1.

Biasiswa Persekutuan.

2.

Biasiswa Kerajaan Negeri.

3.

Biasiswa Badan Berkanun.

4.

Biasiswa Kerajaan Asing.

5.

Biasiswa Badan Antarabangsa.

6.

Biasiswa Yayasan yang disalurkan kepada/melalui Jabatan Perkhidmatan Awam.

 


mukasurat 19