CUTI BELAJAR
TANPA GAJI DAN
BIASISWA

 

Prinsip Pemberian

Pegawai yang mengikuti kursus/pengajian pra perkhidmatan (kelayakan yang diperolehi akan melayakkan pegawai memohon atau memegang jawatan yang lebih tinggi dalam skim perkhidmatan yang berlainan) dengan pembiayaan Kerajaan secara Biasiswa/Dermasiswa.



Contoh:

1.

Kakitangan Kumpulan Sokongan yang mengikuti kursus di peringkat Diploma atau Ijazah Pertama dalam bidang yang mempunyai kaitan dengan tugas-tugas pegawai disamping dapat mempertingkatkan pengetahuan, kemahiran dan kerjayanya.

2.

Pegawai di dalam Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang mengikuti kursus yang akan mengubah skim perkhidmatan seperti Pegawai Tadbir Negeri yang telah disahkan dalam jawatan tetapi berkhidmat kurang daripada 3 tahun mengikuti kursus Pra PTD.

 


mukasurat 14