2.

Tempoh cuti belajar diambilkira untuk kekananan dan pegawai layak dipertimbangkan kenaikan pangkat dalam tempoh mengikuti kursus tersebut.

3.

Cuti Belajar yang diberi adalah dikenakan ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dengan kelayakan baru mengikut tempoh yang ditetapkan atau dikenakan tuntutan gantirugi sekiranya melanggar syarat perjanjian seperti Jadual di Lampiran C.

4.

Pegawai yang menerima SSB tidak layak mendapat pergerakan gaji tahunan jika tempoh kursus melebihi 180 hari dalam satu tahun kalendar sebagaimana yang ditetapkan dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 seperti cabutan di Lampiran D.

5.

Pegawai dalam pemangkuan semasa berkursus tidak akan dibayar Elaun Memangku mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 1993 sekiranya kursus yang diikuti melebihi 92 hari seperti di Lampiran F.

6.

Pegawai dalam Perkhidmatan Kritikal yang mengikuti kursus melebihi tiga bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal sebagaimana yang ditetapkan dalam surat JPA(S)256/21/3 Klt.2/(38) bertarikh 30 November 1992 seperti di Lampiran G.

 


mukasurat 12