3.     Cuti belajar yang diberi adalah dikenakan ikatan perjanjian berkhidmat dengan Kerajaan dalam tempoh yang ditetapkan atau dikenakan tuntutan gantirugi sekiranya melanggar syarat perjanjian seperti Jadual di Lampiran C.

4.     Pegawai yang menerima SSB layak dipertimbangkan salah satu daripada empat pergerakan gaji secara isyarat sekiranya tempoh kursus melebihi enam bulan tertakluk kepada laporan kemajuan kursus sebagaimana yang ditetapkan dalam perenggan 78 Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991 seperti cabutan di Lampiran D. Peraturan mengenai penyediaan penilaian prestasi bagi pegawai berkursus adalah seperti ditetapkan dalam surat JPA(S)NP.306/3 SK/(2) bertarikh 18 Oktober 1993 di Lampiran E.

5.     Pegawai dalam pemangkuan semasa berkursus tidak akan dibayar Elaun Memangku mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bi. 7 Tahun 1993 sekiranya kursus yang diikuti melebihi 92 hari seperti di Lampiran F.

6.     Pegawai dalam Perkhidmatan Kritikal yang mengikuti kursus melebihi tiga bulan tidak layak diberi Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal sebagaimana yang ditetapkan dalam surat JPA(S)256/21/3 Klt.2/(38) bertarikh 30 November 1992 seperti di Lampiran G.

7.     Pemberian Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada pegawai adalah tertakluk kepada sama ada pegawai ada menerima elaun bantuan sewa rumah di bawah Biasiswa atau tidak sebagaimana yang ditetapkan dalam surat JPA(S)2760/10 Klt./(28) bertarikh 7 Ogos 1996 seperti di Lampiran E.

 


mukasurat 9