CUTI BELAJAR
BERGAJI PENUH DAN
BIASISWA

 

Prinsip Pemberian

1.

Pegawai yang mengikuti kursus/pengajian Latihan Dalam Perkhidmatan untuk peningkatan pengetahuan, kemahiran dan kecekapan dimana kelayakan yang diperolehi tidak melayakkan pegawai dilantik ke jawatan yang lebih tinggi; dan

2.

Kursus dianjur atau menerima biasiswa Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Asing atau Badan Antarabangsa yang disalurkan melalui Jabatan Perkhidmatan Awam seperti biasiswa Rancangan Colombo, Komanwel, British Council, Monbusho, biasiswa di bawah program khas 'Look East Policy' dan lain-lain.

 

Kelayakan Pegawai

1. Sedang berkhidmat dalam perkhidmatan tetap.
2. Telah disahkan dalam jawatan mengikut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 14 Tahun 1959.
3. Laporan Penilaian Prestasi Tahunan/Penilaian Prestasi Khas yang cemerlang.
4. Ketua Perkhidmatan bersedia melepaskan pegawai mengikuti kursus.
5. Mengikuti kursus yang diluluskan (approved courses).

 


mukasurat 2