GARISPANDUAN
PEMBERIAN CUTI BELAJAR

 

PENDAHULUAN

1.     Dasar yang membolehkan pemberian cuti belajar sama ada Bergaji Penuh, Separuh Gaji atau Tanpa Gaji kepada pegawai/kakitangan perkhidmatan awam yang sedang berkhidmat yang dipilih atau dibenarkan oleh Kerajaan untuk mengikuti kursus/pengajian sama ada di peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Pertama atau Ijazah Lanjutan adalah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab C 36. seperti cabutan di Lampiran A. Disamping pemberian cuti belajar, pegawai/kakitangan juga boleh dipertimbangkan pemberian Biasiswa atau Hadiah Latihan bagi menampung kos pengajian dan sara hidup semasa tempoh pengajian sebagaimana yang diperuntukkan dalam Perintah Am Bab B 31 seperti di Lampiran B.

2.     Jenis cuti belajar dengan Biasiswa/Hadiah Latihan atau tidak yang dipraktikkan sekarang adalah seperti berikut:

a)     Cuti Belajar Bergaji Penuh dan Biasiswa/Hadiah Latihan;

b)     Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa;

c)     Cuti Belajar Separuh Gaji Tanpa Biasiswa;

d)     Cuti Belajar Tanpa Gaji dan Biasiswa;

e)     Cuti Belajar Tanpa Gaji Tanpa Biasiswa.

 


mukasurat 1