Pengarah Bahagian Latihan, |
PRAKATA
Saudara/Saudari
Jabatan Perkhidmatan Awam, sebagai agensi pusat adalah bertanggungjawab dalam menetapkan
dasar cuti belajar kepada pegawai dan kakitangan sektor awam. JPA juga merupakan agensi
pelaksana dalam menimbang dan meluluskan cuti belajar kepada pegawai dan kakitangan yang
berkursus.
Selaras dengan kedudukan itu JPA menjadi tempat rujukan Kementerian/Jabatan/Agensi
Kerajaan dalam penentuan sesuatu jenis cuti belajar, syarat-syarat pemberian dan
implikasinya kepada perkhidmatan. Setiap jawapan yang diberi adalah menjadi satu ketetapan
yang diikuti oleh semua yang terlibat samada ianya tepat ataupun tidak.
Berdasarkan kepada perkara di atas, adalah sesuai setiap pegawai di Bahagian Latihan, JPA mengetahui dan memahami aspek-aspek yang berkait dengan cuti belajar. Bagi pegawai yang bertanggungjawab secara terus dalam perkara ini, mereka perlulah mahir dalam segala aspek yang berkaitan supaya setiap keputusan yang dibuat sentiasa tepat.
mukasurat b