AKTA PENCEN 1980 PERATURAN-PERATURAN PENCEN (PINDAAN) 1996 |
|||||
PADA menjalankan kuasa yang diberikan oleh seksyen 5 Akta Pencen 1980, Yang di-Pertuan Agong membuat peraturan-peraturan yang berikut: |
|||||
Nama dan mula berkuatkuasa. |
1. Peraturan-peraturan ini bolehlah dinamakan Peraturan-Peraturan Pencen (Pindaan) 1996 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1995. |
||||
Pindaan peraturan 4 |
2. Peraturan-Peraturan Pencen 1980 adalah dipinda dalam peraturan 4 - |
||||
| (a) | dalam subperenggan (1)(b) dengan menggantikan angka "1/20" dengan angka "7.5%"; dan | ||||
| (b) | dalam perenggan (2) dengan menggantikan perkataan "maka pencennya boleh, sekiranya adalah mendatangkan faedah kepada pegawai itu, dihitung berdasarkan" dengan perkataan "dia bolehlah diberikan pencen berdasarkan". | ||||
| Dibuat pada 22 Mei 1996. [JPA/PEN (S) 228/26/6-11 Klt. 4(5); PN. (PU2) 423.] |
|||||
| Dengan Perintah, | |||||
TAN SRI DATO' SERl AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID, |
|||||
mukasurat 1