| (2) Kad pesara hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengarah apabila orang yang menerima pencen atau lain-lain faedah tidak lagi layak mendapatnya. | |||
| (3) Jika kad pesara itu hilang dan suatu kad baru dikehendaki, laporan polis hendaklah dibuat oleh orang yang menerima pencen atau lain-lain faedah dan satu salinan laporan hendaklah dikemukakan kepada Ketua Pengarah, dan satu kad baru bolehlah dikeluarkan kemudiannya untuk suatu fee yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. | |||
| (4) Jika didapati bahawa pesara bertanggungjawab bagi kesilapan-kesilapan di dalam kad pesara yang telah dikeluarkan kepadanya dan suatu kad baru dikehendaki dikeluarkan, kad baru bolehlah dikeluarkan untuk suatu fee yang ditetapkan oleh Ketua Pengarah. | |||
Kesalahan- |
24. (1) Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang dikeluarkan kad pesara di bawah peraturan 23- | ||
(a) |
menggunakan kad pesara tersebut apabila dia tidak lagi berhak menggunakannya; atau | ||
(b) |
membenarkan orang lain menggunakan kad pesara tersebut. | ||
| (2) Mana-mana orang yang didapati bersalah melakukan kesalahan di bawah perenggan (1) hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.". | |||
Diperbuat pada 9hb Ogos
1990.
[JPA/PEN. (Rahsia) 228/26/6-8; PN. (PU2) 423.]
Dengan Titah Perintah,
TAN SRI DATO'
SERI AHMAD SARJI BIN ABDUL HAMID,
Setiausaha Jemaah Menteri
mukasurat 7