kemudiannya untuk suatu fee yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pencen.

      (4) Jika didapati bahawa pesara bertanggungjawab bagi kesilapan-kesilapan di dalam kad pesara yang telah dikeluarkan kepadanya dan suatu kad baru dikehendaki dikeluarkan, kad baru bolehlah dikeluarkan untuk suatu fee yang ditetapkan oleh pihak berkuasa pencen.

21.  (1) Adalah menjadi suatu kesalahan bagi seorang yang dikeluarkan kad pesara di bawah kad pesara di bawah peraturan 20-

Kesalahan-
kesalahan berhubungan dengan
penggunaan
kad pesara
.

(a) menggunakan kad pesara tersebut apabila dia tidak lagi berhak menggunakannya; atau
(b) membenarkan orang lain menggunakan kad pesara tersebut.

      (2) Mana-mana orang yang didapati salah melakukan kesalahan di bawah perenggan (1) hendaklah, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

JADUAL

(Peraturan 19 (a) (ii) dan (b) (ii))

Pangkat dalam Pasukan
Polis

Pangkat-pangkat bersamaan
dalam Angkatan Tentera
Konstabel (termasuk lans koperal) Prebet
Koperal Koperal
Sarjan Sarjan
Sarjan Mejar Sarjan Turus
Sub-Inspektor Pegawai Waran II
           - Pegawai Waran I
Inspektor Leftenan Muda
Ketua Inspektor Leftenan
Penolong Penguasa Kapten
Timbalan Penguasa Mejar
Penguasa Leftenan Kolonel
Penolong Pesuruhjaya Kolonel
Penolong Kanan Pesuruhjaya Brigedier Jeneral
Timbalan Pesuruhjaya Mejar Jeneral
Pesuruhjaya Leftenan Jeneral
Timbalan Ketua Polis Negara Jeneral
Ketua Polis Negara Ketua Turus Angkatan Tentera


Diperbuat pada 17hb April 1990.
DATO' DR MOHAMAD YUSOF BIN HAJI MOHAMED NOR,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri

mukasurat 15