(4) Pencen hilangupaya hendaklah dibayar sebagai tambahan kepada pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang diberi di bawah seksyen 9 Akta pada masa dia bersara. |
|||
|
(5) Peraturan ini tidak dipakai bagi seseorang pekerja yang diawardkan pampasan di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952. |
||
(6) Jika seseorang yang dibayar pencen hilangupaya di bawah peraturan ini kemudiannya memulakan prosiding di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 dan diawardkan pampasan, pembayaran pencen hilangupaya tersebut adalah terhenti dengan serta-merta. |
|||
16. Jika seseorang pekerja bersara di bawah seksyen 19 Akta tetapi darjah kecacatan secara kekal akan ditentukan kelak, Menteri boleh memberi kepada pekerja itu suatu award sementara sebelum penentuan itu dibuat. |
|||
BAHAGIAN V |
|||
PENCEN TANGGUNGAN |
|||
17. (1) Tertakluk kepada perenggan (2), (3) dan (4), pencen tanggungan yang dihitung sebagai pecahan daripada gaji pekerja pada mula dia menanggung bencana atau mendapat penyakit itu boleh diberi mengikut daftar yang berikut: |
|||
| (a) | kepada balu pekerja, selagi tak berkahwin dan berkelakuan baik ... ... ... ... 1/6 |
||
| (b) | jika pekerja yang mati
itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah subperenggan (a),
bagi tiap-tiap orang anak hingga seramai enam orang
1/48 |
||
| (c) | jika pekerja yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu, atau tiada pencen diberi kepada balu itu, bagi tiap-tiap orang anak hingga seramai enam orang .... ... ... 1/24 |
||
| (d) | mulai dari tarikh kematian seseorang balu yang kepadanya pencen telah diberi di bawah subperenggan (a), bagi tiap-tiap orang anak pekerja yang mati hingga seramai enam orang ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... .... 1/24 |
||
| (e) | jika ibu pekerja yang mati bergantung
sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pekerja itu untuk nafkah pada masa
kematiannya, pencen kepada ibu, selagi berkelakuan baik dan tidak mempunyai punca nafkah
yang mencukupi- |
||
| (i) | jika pekerja yang mati itu tidak meninggalkan seorang balu atau jika tiada pencen diberi kepada balunya ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 1/6 |
||||||
| (ii) | jika pekerja yang mati itu meninggalkan seorang balu yang kepadanya pencen diberi di bawah subperenggan (a) ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... 1/12 |
||||||
| (f) | jika bapa pekerja yang mati bergantung sepenuhnya atau pada sebahagian besarnya pada pekerja itu untuk nafkah |
||||||
mukasurat 12