(h)

perkhidmatan sebelum perletakan jawatan oleh seseorang pekerja tetap, selain daripada seorang guru, daripada perkhidmatan Kerajaan atau sesuatu Kerajaan Negeri untuk menerima perlantikan dalam Perkhidmatan Guru Disatukan atau dalam sekolah bantuan Kerajaan;

(i)

apa-apa tempoh perkhidmatan yang lalu bagi seseorang bekas anggota Angkatan Tentera yang boleh dimasukira bagi maksud faedah-faedah persaraan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuatkuasa pada masa itu mengenai pencen, ganjaran atau lain-lain pemberian yang terpakai bagi Angkatan Tetap kecuali jika seseorang pekerja atau askar-askar itu telah bersara dari Angkatan Tentera dengan mendapat pencen perkhidmatan;

(j)

perkhidmatan sebelum perletakan jawatan oleh seseorang pekerja di bawah Pekeliling Sekretariat Sarawak No. 9/1946 bertarikh 10hb Disember 1946;

(k)

apa-apa perkhidmatan yang lalu seseorang pekerja yang pencennya telah digantung di bawah seksyen 26 Akta:

(l)

perkhidmatan seseorang pekerja kontrak yang diambil bertugas oleh Kerajaan Negeri Sabah atau Sarawak yang, tanpa terputusnya perkhidmatan, telah diserapkan ke dalam perjawatan tetap tertakluk kepada-

(i)

penyerapan itu berkuatkuasa tidak lewat daripada enam bulan dari tarikh tersiarnya Akta; dan

(ii)

pekerja itu membayar balik kepada Kerajaan Persekutuan mengenai ganjaran yang telah dibayar itu dalam tempoh yang akan ditentukan oleh pihak berkuasa pencen;

(m)

perkhidmatan seseorang pekerja perempuan yang menjadi pekerja sementara disebabkan perkahwinan; atau

(n)

perkhidmatan seseorang pekerja yang dilantik oleh atau dengan kelulusan Kerajaan untuk berkhidmat dalam mana-mana pertubuhan atau mana-mana subsidiarinya di bawah seksyen 13 (2) Akta.

    (2) Sekiranya seseorang pekerja yang dahulunya berkhidmat sebagai seorang guru atau yang dahulunya diambil bekerja dalam Perkhidmatan Guru Disatukan, sekolah bantuan Kerajaan atau sekolah yang mempunyai lembaga pengurus di Sabah dan Sarawak, sekolah mubaligh, atau sekolah agama Islam (dibantu oleh Kerajaan atau di bawah Kerajaan Negeri), maka tempoh-tempoh perkhidmatan yang berikut atau mana-mana bahagian daripadanya boleh dimasukira jika sepanjang tempoh itu dia telah mencarum kepada mana-mana kumpulan wang simpanan:

  (a)

sebelum perletakan jawatannya untuk menerima suatu perlantikan dari sebuah sekolah ke sebuah sekolah yang lain; dan


mukasurat 6