Pindaan
seksyen 4.
3. Seksyen 4 Akta ibu adalah dipinda-
(a) dalam perenggan (a) dan (b) dengan menggantikan perkataan "dua ratus" dengan perkataan "tiga ratus lima puluh"; dan
(b) dalam perenggan (c) dan (d) dengan memasukkan selepas perkataan "ribu" perkataan "sembilan puluh".
Pindaan
seksyen 6.
4. Seksyen 6 Akta ibu adalah dipinda-
(a) dalam subseksyen (1)-

(i)

dalam perenggan (a) dengan memasukkan selepas perkataan "ribu" perkataan "seratus lima puluh";

(ii)

dalam perenggan (b) dengan menggantikan perkataan "lima ratus" dengan perkataan "enam ratus lima puluh";

(iii)

dalam perenggan (c) dengan menggantikan perkataan "lima puluh" dengan perkataan "dua ratus";

(iv)

dalam perenggan (d) dengan memasukkan selepas perkataan "ribu" perkataan "seratus lima puluh"; dan

(v)

dalam perenggan (e) dengan menggantikan perkataan "dua ratus lima puluh" dengan perkataan "empat ratus"; dan
(b) dalam subseksyen (3) dan (4) dengan memasukkan selepas perkataan "ratus" perkataan "sembilan puluh".
Pembayaran
gaji dan elaun walau apa pun seksyen 7.
5. Walau apa pun seksyen 7 Akta ibu, semua gaji dan elaun yang dinyatakan dalam pindaan kepada Akta ibu dalam seksyen 2, 3 dan 4 dan yang kena dibayar hendaklah bermula dari 1 Januari 1995 atau dari tarikh pelantikan atau pemilihan, mengikut mana-mana yang terkemudian. Ahli Parlimen, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara, Yang di-Pertua atau Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Anggota Pentadbiran, Ketua atau Timbalan Ketua Dewan Rakyat atau Ketua Pembangkang, mengikut mana-mana yang berkenaan.

mukasurat 2