UNDANG-UNDANG MALAYSIA |
||||
Akta A984 |
||||
AKTA AHLI PARLIMEN (SARAAN)
|
||||
Suatu Akta untuk meminda Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980.
|
||||
[ ] |
||||
| MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut: | ||||
| 1. Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 1997 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuatkuasa pada 1 Januari 1995. | Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa. | |||
| 2. Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda dalam seksyen 3- | Pindaan seksyen 3. Akta 237. | |||
| (a) | dalam subseksyen (1)- | |||
(i) |
dalam perenggan (a) dengan memasukkan selepas perkataan "ribu" perkataan "sembilan puluh"; dan | |||
(ii) |
dalam perenggan (b) dengan memasukkan selepas perkataan "ratus" perkataan "sembilan puluh"; dan | |||
| (b) | dalam subseksyen (2) dengan memasukkan selepas perkataan "ratus" perkataan "sembilan puluh". | |||
mukasurat 1