| Pengesahan. | 5. (1) Tiap-tiap tawaran oleh seseorang majikan kepada seseorang pekerja untuk memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan tiap-tiap opsyen yang dibuat oleh seseorang pekerja yang memilih Skim itu yang menjadi sah jika peruntukan-peruntukan Akta ini telah berkuatkuasa pada masa tawaran atau opsyen itu dibuat adalah dengan ini disahkan dan diisytiharkan telah dibuat dengan sah. |
| (2) Tiap-tiap pekerja yang telah memilih Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebelum Akta ini mula berkuatkuasa dan yang opsyennya diisytiharkan di bawah subseksyen (1) telah dibuat dengan sah hendaklah disifatkan telah terhenti menjadi layak diberi taraf pekerja berpencen atau terhenti menjadi pekerja berpencen pada tarikh opsyen sedemikian mula berkuatkuasa. |
mukasurat 6