Pindaan seksyen 6A. |
3. Seksyen 6A Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (7) dengan yang berikut: | |||
| " |
(7) Dalam seksyen ini "Skim Kumpulan Wang Simpanan Pekerja" merujuk kepada suatu kumpulan wang simpanan yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991, termasuklah sesuatu kumpulan wang diluluskan sebagaimana yang ditakrifkan dalam akta itu.". | |||
Pindaan seksyen 8. |
4. Seksyen 8 Akta ibu adalah dipinda- | |||
(a) |
dengan menggantikan perkataan-perkataan "Kumpulan Wang Disatukan" dalam subseksyen (1) dan (1A) dengan perkataan-perkataan "Kumpulan Wang Amanah Pencen yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991"; dan | |||
(b) |
dengan memasukkan rujukan birai "Akta 454." bersetentangan dengan rujukan kepada Akta Kumpulan Wang Amanah Pencen 1991 dalam subseksyen (1). | |||
Pindaan seksyen 12. |
5. Seksyen 12 Akta ibu adalah dipinda- | |||
(a) |
dengan memotong perkataan-perkataan ", ganjaran atau lain-lain faedah" dalam subseksyen (2) dan (3); dan | |||
(b) |
dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen baru (3A) yang berikut: | |||
| "(3A) Seseorang pekerja yang bersara di bawah subseksyen (1) bolehlah diberi ketika persaraannya ganjaran atau lain-lain faedah.". | ||||
Pindaan seksyen 13 dalam teks Bahasa Malaysia. |
6. Teks Bahasa Malaysia Akta ibu adalah dipinda dengan menggantikan perkataan-perkataan "lima puluh lima" dalam subseksyen (1) seksyen 13 dengan perkataan-perkataan "lima puluh". | |||
mukasurat 4