| Seksyen baru 30. | 9. Akta ibu adalah dipinda dengan menambahkan, selepas seksyen 29, seksyen baru 30 yang berikut : | |||
| "Pembayaran hadiah untuk maklumat. | 30. (1) Pihak berkuasa pencen boleh memerintahkan pembayaran hadiah sebagaimana ia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi -- | |||
| (a) | kes-kes penipuan untuk menikmati pencen dan lain-lain faedah yang diberikan di bawah akta ini; atau | |||
| (b) | kesalahan-kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang di bawah Akta ini. | |||
| (2) Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.". | ||||
| Seksyen baru 31. | 10. Akta ibu adalah dipinda dengan menambahkan, selepas seksyen 30, seksyen baru 31 yang berikut : | |||
| "Penggulungan skim pencen. | 31. (1) Kumpulan wang sesuatu skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan di bawah Skim Baru hendaklah digulung pada suatu tarikh yang ditetapkan oleh Menteri Kewangan melalui pemberitahuan dalam Warta dalam setiap kes tertentu, dan apabila tergulungnya kumpulan wang tersebut segala aset hendaklah dipindahkan dan liabiliti-liabiliti dipertanggungkan, kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan. | |||
| (2) Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apabila tergulungnya kumpulan wang skim pencen pihak berkuasa berkanun atau tempatan, pihak berkuasa pencen hendaklah menjalankan kuasa-kuasa dan melaksanakan kewajipan-kewajipan pihak berkuasa yang berkenaan bagi skim tersebut. | ||||
| (3) Tiada apa jua dalam seksyen ini boleh disifatkan sebagai mengurangkan amaun pencen, ganjaran atau lain-lain faedah yang seseorang pekerja itu sepatutnya layak menerima jika tidak kerana seksyen ini.". | ||||
mukasurat 8