(b)

"belum dibayar" ertinya belum dibayar oleh Kerajaan atau belum dikeluarkan oleh orang yang berkenaan.".

Seksyen
baru 26A.

13. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 26, seksyen baru 26A yang berikut :

"Pemba-
yaran
hadiah
untuk maklumat.

26A. (1) Ketua Pengarah boleh memerintahkan pembayaran hadiah sebagaimana dia fikirkan patut kepada mana-mana anggota masyarakat untuk maklumat yang diberikan yang membawa kepada sabitan bagi-

(a)

kes-kes penipuan untuk menikmati pencen dan lain-lain faedah yang diberi  di bawah Akta ini; atau

(b)

kesalahan-kesalahan di bawah peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

    (2) Apa-apa hadiah yang dibayar di bawah Akta ini hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan Persekutuan.".


mukasurat 10