UNDANG-UNDANG MALAYSIA

Akta A625

AKTA PENCEN (PINDAAN) 1985

 

            Suatu Akta untuk meminda Akta Pencen 1980.

                                                                                                                                                             [                                                    ]

  MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut :

1.  Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pencen (Pindaan) 1985.

Tajuk
Ringkas.

2.  Seksyen 2 Akta Pencen 1980, yang dalam Akta ini disebut "Akta ibu", adalah dipinda dengan memasukkan selepas perkataan-perkataan "bulanan yang akhir diterima" dalam tafsiran "gaji yang akhir diterima", perkataan-perkataan "atau dalam hal persaraan dibawah seksyen 12A gaji hakiki bulanan sebenarnya pertubuhan itu semasa dia tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan yang sama seperti yang terdapat dalam Skim Baru".

Pindaan
seksyen 2.
Akta 227.

3.  Seksyen 6 Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan, selepas perkataan-perkataan "seksyen 10" dalam seksyen-kecil (1), perkataan-perkataan "atau di bawah seksyen 12A".

Pindaan
seksyen 6.

4.  Perenggan (b) seksyen 8 Akta ibu adalah dipinda-

Pindaan

mukasurat 1