UNDANG-UNDANG MALAYSIA |
|
Akta A609 |
|
AKTA SARAAN HAKIM (PINDAAN) 1984 |
|
Suatu Akta untuk meminda Akta Saraan Hakim 1971. |
|
[1hb Julai 1980.] |
|
| MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut : | |
| 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Saraan Hakim (Pindaan) 1984 dan hendaklah, tertakluk kepada subseksyen (2), disifatkan telah berkuatkuasa pada 1hb Julai 1980. | Tajuk |
| (2) Tafsiran bagi ungkapan "bermastautin di Malaysia" yang dimasukkan ke dalam seksyen 1A Akta Saraan Hakim 1971 melalui seksyen 3 hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh berikutan dengan tarikh tersiarnya Akta ini dalam Warta dan Akta itu hendaklah diertikan dengan sewajarnya bila-bila masa sahaja ungkapan itu terdapat dalamnya. | |
| 2. Akta Saraan Hakim 1971, yang disebut "Akta ibu" dalam Akta ini, adalah dipinda dengan menggantikan tajuk panjang yang berikut : | Pindaan |
|
mukasurat 1