di mana-mana tempat, sama ada di tempat awam atau di tempat persendirian yang mana adalah melanggar perenggan (2) di atas;

(4)

hadir di mana-mana tempat atau dekat dengan mana tempat, sama ada tempat awam atau tempat persendirian pada memajukan suatu pertikaian berkenaan dengan sesuatu anomali, dengan syarat bahawa tiada sesuatu penyertaan dalam, atau sesuatu kehadiran, atau apa-apa perbuatan lain yang dilakukan di sesuatu mesyuarat oleh mana-mana ahli kesatuan sekerja atau mana-mana ahli persatuan pegawai-pegawai awam yang mana adalah seorang yang terkilan atau seseorang yang terkilan untuk menimbangkan anomali itu atau perkara-perkara berhubung dengan anomali itu boleh disifatkan sebagai suatu tindakan perusahaan yang ditegah;

(5)

pada mengharap atau memajukan suatu pertikaian berkenaan dengan sesuatu anomali menggunakan pembesar-suara, pelaung, penguatsuara, atau apa-apa alat lain yang seumpamanya;

(6)

pada mengharap atau memajukam suatu pertikaian berkenaan dengan sesuatu anomali –

(i)

membuat atau menyebabkan dibuat atau melakukan apa-apa perbuatan bagi membuat atau menyebabkan dibuat; atau

(ii)

mengibar, mempamir, menunjukkan atau dengan apa-apa cara menggunakan, atau menyebab dikibar, dipamir, ditunjukkan atau dengan apa-apa cara digunakan; atau

(iii)

ada dalam milik, jagaan atau kawalannya;

apa-apa bendera, panji-panji, pelekat, poster, lambang atau apa-apa jua alat lain;

(7)

pada mengharap atau memajukan suatu pertikaian berkenaan dengan sesuatu anomali, membuat apa-apa perhubungan, sama ada secara lisan atau secara bertulis, dengan orangramai atau dengan akhbar.


mukasurat 14