Seksyen baru 6E, 6F dan 6G. |
3. Akta ibu adalah dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 6D seksyen yang berikut: | |
"Pekerja berpencen boleh memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. |
6E. (1) Seseorang pekerja yang telah diberi taraf pekerja berpencen di bawah seksyen 6 atau disifatkan menjadi pekerja berpencen di bawah perenggan (a), (b) atau (c) seksyen 7, boleh memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja. |
|
(2) Opsyen di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa melantik yang berkenaan mengikut sesuatu cara yang diluluskan oleh pihak berkuasa pencen. |
||
(3) Pelaksanaan opsyen oleh seseorang pekerja di bawah seksyen ini hendaklah mula berkuatkuasa apabila opsyen itu disetuju terima oleh pihak berkuasa melantik yang berkenaan dan hendaklah pada ketika itu menjadi muktamad. |
||
(4) Seseorang pekerja berpencen hendaklah terus menjadi pekerja berpencen apabila opsyennya mula berkuatkuasa, tetapi perkhidmatannya selepas opsyennya mula berkuatkuasa tidak boleh diambil kira bagi maksud menghitung perkhidmatannya yang boleh dimasukira. |
||
Majikan boleh menawarkan skim dibawah seksyen 6E. |
6F. Bagi maksud Akta ini, adalah sah bagi seseorang majikan menawarkan kepada pekerjanya opsyen yang disebut dalam seksyen 6E. |
|
Keberterusan pemakaian Akta ini dan Pemakaian Akta 452. Akta 452. |
6G. (1) Tertakluk kepada subseksyen (4) seksyen 6E, peruntukan Akta ini, kecuali subseksyen (4) seksyen 6A, seksyen 6B, 6C, 6D dan subseksyen (1) seksyen 8, hendaklah terus terpakai, dan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991 hendaklah terpakai, bagi pekerja berpencen yang memilih Skim Pencen Dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja di bawah subseksyen (1) seksyen 6E. | |
mukasurat 3