UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA 237
AKTA AHLI PARLIMEN
(SARAAN) 1980
|
|
| Suatu Akta untuk membuat peruntukan mengenai saraan |
|
|
bagi Ahli Parlimen dan mengenai perkara - perkara
lain yang bersampingan atau berkaitan dengannya. |
|
|
|
[
]
|
|
|
MAKA
INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Duli Yang
Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan
persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang
bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya ,
seperti berikut : |
|
|
1. Akta
ini bolehlah dinamakan Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980 dan hendaklah mula
berkuatkuasa pada 1hb Julai 1980. |
Tajuk ringkas dan mula
berkuatkuasa. |
|
2. Dalam Akta ini,
melainkan jika kandungan ayatnya menghendaki makna yang lain- |
Tafsiran . |
|
"Ahli atau Anggota"
ertinya Anggota Pentadbiran ,Ahli Parlimen ,Yang di - Pertua
Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat ; |
Akta A 594/84
bth.28.6.84
|
|
"Ahli
Parlimen " ertinya ahli
Dewan Negara atau Dewan
Rakyat; |
|
|
"Anggota Pentadbiran" mempunyai erti yang diberi kepadanya dalam
Fasal (2) Perkara 160 Perlembagaan tetapi tidaklah
termasuk setiausaha Politik.
|
|
|
3. (1) Saraan bagi Ahli Parlimen
hendaklah berupa- |
Saraan bagi Ahli
Parlimen
|
|
(a) bagi ahli Dewan Negara, elaun
bulanan sebanyak tiga ribu ringgit ; |
Akta A 819/92
mdt . 1 . 1. 92 |
|
(b) bagi ahli Dewan Rakyat, elaun bulanan sebanyak empat
ribu lapan ratus
ringgit.
|
Akta A 819/92
& Akta A 821/92
mdt.1.1.92 |
|
(2) Jika seseorang Ahli Parlimen dilantik sebagai
Ketua Pembangkang , dia adalah berhak,selain daripada elaun bulanan yang dinyatakan
dalam perenggan (b) seksyen - kecil (1), mendapat elaun bulanan sebanyak dua
ribu lapan ratus ringgit. |
Akta A 819/92
mdt. 1.192 |