|
(2) Walau apa pun perenggan (1)(a), Ketua Pengarah boleh, apabila permohonan dibuat oleh seseorang pengamal perubatan berdaftar penuh, membenarkan secara bertulis, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Ketua Pengarah, seseorang pengamal perubatan berdaftar sementara, pembantu perubatan berdaftar, jururawat berdaftar, bidan berdaftar atau mana-mana orang lain yang memberikan jagaan kesihatan, mengamalkan teleperubatan jika orang itu ------
(a) difikirkan sesuai oleh Ketua Pengarah untuk
dibenarkan sedemikian;
(b) berada di bawah pengawasan, arahan dan kuasa
pengamal perubatan (3) Mana-mana orang yang mengamalkan teleperubatan dengan melanggar seksyen ini, walaupun dia mengamalkan teleperubatan dari luar Malaysia, adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. |
|||
|
4. (1) Sesuatu pemohonan untuk mendapatkan perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang disebut dalam perenggan 3(1)(b) hendaklah dibuat oleh seseorang pengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan di luar Malaysia melalui seorang pengamal perubatan berdaftar penuh kepada Majlis mengikut cara atau dalam borang dan disertakan dengan apa-apa dokumen, butir dan fee yang ditetapkan. (2) Majlis boleh mengeluarkan suatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan kepada pemohon bagi suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditentukan oleh Majlis dalam perakuan itu. (3) Majlis boleh pada bila-bila masa mengubah terma dan syarat sesuatu perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang dikeluarkan di bawah subseksyen (2). |
mukasurat 6