Akta 436.

      "bidan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Bidan 1966;

Akta 14

      "jururawat berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Jururawat 1950;   

      "Ketua Pengarah" ertinya Ketua Pengarah Kesihatan, Malaysia;

      "Majlis" ertinya Majlis Perubatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah seksyen 3 Akta Perubatan;

Akta 180.

      "pembantu perubatan berdaftar" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan di bawah Akta Pembantu Perubatan (Pendaftaran) 1977;

      "pengamal perubatan berdaftar penuh" ertinya mana-mana orang yang didaftarkan penuh di bawah seksyen 14 Akta Perubatan;

      "perakuan amalan" ertinya perakuan amalan yang dikeluarkan di bawah seksyen 20 Akta Perubatan;

      "teleperubatan" ertinya perakuan dengan menggunakan komunikasi audio, visual dan data.

Orang-orang yang boleh mengamalkan teleperubatan. 3.   (1)   Tiada seorang pun, selain ----

          (a)   pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang suatu perakuan 
                  amalan yang sah; atau

          (b)   pengamal perubatan yang didaftarkan atau dilesenkan di luar Malaysia 
                  dan -----

                  (i)   memegang perakuan untuk mengamalkan teleperubatan yang 
                         dikeluarkan oleh Majlis; dan

                 (ii)   mengamalkan teleperubatan dari luar Malaysia melalui seorang 
                         pengamal perubatan berdaftar penuh yang memegang perakuan 
                         amalan yang sah,

boleh mengamalkan teleperubatan.    


mukasurat 5