Menghalang penggeledahan





















Pendakwaan.

         
            (3)   Mana-mana pegawai polis boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia secara munasabahnya percaya telah melakukan atau akan melakukan suatu kesalahan terhadap Akta ini, dan tiap-tiap kesalahan terhadap Akta ini disifatkan sebagai kesalahan boleh tangkap bagi maksud undang-undang yang sedang berkuatkuasa berhubungan dengan prosedur jenayah.

11.   (1)   Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia -----

                 (a)   menyerang, menghalang, merintangi atau melengahkan mana-
                         mana pegawai polis masuk ke dalam mana-mana premis di 
                         bawah Aktaini atau pada melaksanakan apa-apa tugas yang 
                         dipertanggungjawab atau apa-apa kuasa yang diberi oleh Akta ini; 
                         atau

                 (b)   tidak mematuhi apa-apa permintaan sah daripada seseorang 
                         pegawai polis yang bertindak pada melaksanakan tugasnya di 
                         bawah Akta ini.

          (2)   Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi dua puluh lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

12.   Suatu pendakwaan di bawah Akta ini tidak boleh dimulakan kecuali oleh atau dengan keizinan Pendakwa Raya secara bertulis.



 

 

 

 



mukasurat 13