Skop wilayah kesalahan di bawah Akta ini.













BAHAGIAN III
PERUNTUKAN SAMPINGAN DAN AM

9.   (1)   Peruntukan Akata ini hendaklah, berhubung dengan mana-mana orang, walau apa pun kerakyatan atau kewarganegaraannya, mempunyai kuatkuasa di luar dan juga di dalam Malaysia, dan jika suatu kesalahan di bawah Akta ini dilakukan oleh mana-mana orang di mana-mana tempat di laur Malaysia, dia boleh diuruskan berkenaan dengan kesalahan sedemikian seolah-olah kesalahan itu telah dilakukan di mana-mana tempat dalam Malaysia.

      (2)   Bagi maksud subseksyen (1), Akta ini hendaklah terpakai jika, bagi kesalahan yang dipersoalkan, komputer, program atau data itu berada di Malaysia atau yang boleh disambung kepada atau dihantar kepada atau digunakan oleh atau dengan suatu komputer di Malaysia pada masa yang material itu.

      (3)   Apa-apa pembicaraan terhadap mana-mana orang di bawah seksyen ini yang akan menghalang pembicaraan yang kemudian terhadap seseorang itu bagi kesalahan yang sama jika kesalahan itu telah dilakukan dalam Malaysia adalah menghalang pembicaraan selanjutnya terhadapnya di bawah mana-mana undang-undang bertulis berkenaan dengan serah-balik orang, berkenaan dengan kesalahan yang sama di luar Malaysia.



 

 

 

 



Kuasa penggeledahan, penyitaan dan penangkapan.


10.  
(1)   Bilamana didapati seseorang Majistret daripada maklumat dan selepas apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu bahawa ada sebab yang munasabah untuk mempercayai bahawa dalam mana-mana premis ada apa-apa keterangan mengenai perlakuan suatu kesalahan di bawah Akta ini, dia boleh, dengan waran yang diarahkan kepada mana-mana pegawai polis yang berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, memberi pegawai itu kuasa untuk memasuki premis itu, dengan kekerasan jika perlu, dan di situ menggeledah, menyita dan menahan apa-apa keterangan sedemikian dan dia hendaklah berhak untuk ----

                  (a)   mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data yang 
                          disimpan dalam mana-mana komputer, atau mendapat capaian 

 

 

 

 

 



mukasurat 11