Pengubahsuaian tanpa kuasa kandungan mana-mana komputer

  

   (2)   Bagi maksud seksyen ini, adalah tak material sama ada kesalahan yang seksyen ini terpakai dilakukan pada masa yang sama apabila capaian tanpa kuasa itu didapati atau pada bila-bila masa hadapan.

   (3)   Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.

5.   (1)   Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa akan kandungan mana-mana komputer.

       (2)   Bagi maksud seksyen ini, adalah tak material bahawa perbuatan berkenaan tidak ditujukan kepada -----

               (a)   mana-mana atur cara atau data yang tertentu;

               (b)   apa-apa bentuk atur cara atau data; atau

               (c)   suatu atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana 
                       komputer yang tertentu.

       (3)   Bagi maksud seksyen ini, adalah tak material sama ada suatu pengubahsuaian tanpa kuasa berlaku, atau yang dikehendaki berlaku, kekal atau hanya sementara.

       (4)   Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya; atau boleh didenda tidak melebihi satu ratus lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya, jika perbuatan itu dilakukan dengan niat menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan.   


mukasurat 9