BAHAGIAN II
KESALAHAN

3.   (1)   Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika ------

              (a)   dia menyebabkan suatu komputer melaksanakan apa-apa fungsi 
                      dengan niat untuk mendapat capaian kepada mana-mana atur cara 
                      atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer;

              (b)   capaian yang dia berniat untuk didapati adalah tanpa kuasa; dan

              (c)   dia tahu semasa dia menyebabkan komputer itu melaksanakan fungsi 
                      itu, demikian berlakunya.

     (2)   Niat seseorang itu untuk melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini 
  tidak perlu ditujukan kepada ----

             (a)   mana-mana atur cara atau data yang tertentu;

             (b)   apa-apa bentuk atur cara atau data yang tertentu; atau

             (c)   suatu atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer 
                     yang tertentu.

     (3)   Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini hendaklah apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.


4.  
(1)   Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia melakukan suatu kesalahan yang disebut dalam seksyen 3 dengan niat ----- 

              (a)   yang melibatkan fraud atau kecurangan atau yang meyebabkan 
                     kecederaan sebagaimana yang ditakrifkan dalam Kanun Keseksaan; 
                     atau

              (b)   untuk memudahkan berlakunya suatu kesalahan itu sama ada oleh 
                      mana-mana orang lain. 

 

 


Capaian tanpa kuasa kepada bahan komputer.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 




Capaian tanpa kuasa dengan niat untuk melakukan atau memudahkan berlakunya kesalahan lanjut.

 

 

 

 


mukasurat 8