"komputer" ertinya suatu peranti elektronik, magnet, optik, olektrokimia, atau peranti pemprosesan data yang lain, atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan, yang melaksanakan fungsi logik, aritmetik, storan dan paparan, dan termasuklah apa-apa kemudahan storan data atau kemudahan komunikasi yang berkaitan secara langsung dengan atau dikendali bersama dengan suatu peranti atau sekumpulan peranti tersaling sambung atau yang berkaitan, tetapi tidak termasuk suatu mesin taip atau mesin pengatur huruf berautomat, atau suatu mesin hitung pegang-tangan mudah-alih atau peranti seumpama yang lain yang tak boleh diatur cara atau yang tidak mengandungi apa-apa kemudahan storan data; 

  "output komputer" atau "output" ertinya suatu penyataan atau representasi sama ada berbentuk tulisan, tercetak, bergambar, filem, grafik, akustik atau bentuk lain -----

    (a)   dihasilkan oleh suatu komputer;

    (b)   dipapar di skrin suatu komputer; atau

    (c)   diterjemah dengan tepat daripada suatu penyataan atau representasi yang 
           dihasilkan itu;

  "premis" termasuklah tanah, bangunan, binaan boleh alih dan apa-apa pengangkutan melalui jalan darat, air dan udara;

  "rangkaian komputer" ertinya saling sambungan talian komunikasi dan litar dengan suatu komputer atau suatu kompleks terdiri daripada dua atau lebih komputer tersaling sambung.

   (2)   Bagi maksud Akta ini, seseorang mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data yang disimpan dalam komputer jika, dengan menyebabkan komputer itu melaksanakan apa-apa fungsi, dia -----

           (a)   mengubah atau memadamkan atur cara atau data;

           (b)   menyalin atau mengalihnya ke mana-mana bahantara storan selain dari 
                   di mana ia disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di 
                   mana ia disimpan; 


mukasurat 5