UNDANG-UNDANG MALAYSIA


                                                                                     Akta 563


                                                             AKTA JENAYAH KOMPUTER 1997


Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi kesalahan berhubungan dengan penyalahgunaan komputer.

      MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti berikut:


BAHAGIAN I
PERMULAAN 

1.   (1)   Akta in bolehlah dinamakan Akta Jenayah Komputer 1997.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Tajuk ringkas dan mula berkuatkuasa.

      (2)   Akta ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Perdana Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

2.   (1)   Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya mengkehendaki makna yang lain ------




Tafsiran.

              "atur cara" ertinya data yang merupakan suruhan atau penyataan, apabila dilakukan dalam suatu komputer menyebabkan komputer itu melaksanakan suatu fungsi;

             "data" ertinya representasi maklumat atau konsep yang disediakan atau telah disediakan dalam bentuk yang sesuai bagi kegunaan dalam suatu komputer;

            "fungsi" termasuklah logik, kawalan, aritmetik, hapusan, storan dan dapatan semula dan komunikasi atau telekomunikasi kepada, daripada atau dalam sesuatu komputer;


mukasurat 4