(i)    menetapkan prosedur bagi memeriksa perisian yang digunakan 
                         dalam menghasilkan tandatangan digital dan standard yang 
                         terpakai berhubungan dengan pemerakuan serta bagi 
                         menyiarkan laporan mengenai perisian dan standard itu;

                 (j)    menetapkan borang bagi maksud Akta ini;

                 (k)   menetapkan fee dan caj yang kena dibayar di bawah Akta ini dan 
                         cara memungut dan membelanjakan fee dan caj itu;

                 (l)    mengadakan peruntukan bagi apa-apa perkara lain yang 
                         dicadangkan oleh, atau perlu bagi melaksanakan sepenuhnya, 
                         peruntukan Akta ini dan bagi pentadbirannya yang sewajarnya.   

         (2)    Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan itu sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.


92.   (1)   Suatu pihak berkuasa pemerakuan yang telah menjalankan atau mengendalikan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan sebelum Akta ini mula berkuatkuasa hendaklah, tidak lewat dari tiga bulan dari mula berkuatkuasanya itu, memperoleh suatu lesen di bawah Akta ini.

         (2)   Jika suatu pihak berkuasa pemerakuan yang disebut dalam subseksyen (1) tidak memperoleh lesen selepas tempoh yang ditetapkan dalam subseksyen (1), maka ia hendaklah disifatkan sebagai suatu pihak berkuasa pemerakuan tak berlesen dan peruntukan Akta ini hendaklah terpakai kepadanya dan perakuan yang dikeluarkan olehnya dengan sewajarnya.  

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kecualian dan peralihan.


mukasurat 65