Batasan atas penolakan atau penghadan pemakaian Akta.


90.   Melainkan jika diperuntukkan secara nyata di bawah Akta ini, tiada seorang pun boleh menolak atau menghadkan secara kontraktual pemakaian Akta ini. 

Peraturan-
peraturan.


91.  
(1)   Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:

                (a)   menetapkan kehendak kelayakan bagi pihak berkuasa pemerakuan;

                (b)   menetapkan cara memohon bagi lesen dan perakuan di bawah Akta 
                        ini, butir-butir yang hendak dikemukakan oleh pemohon, cara 
                        melesenkan dan memperakukan, fee yang kena dibayar 
                        mengenainya, syarat atau sekatan yang hendak dikenakan dan 
                        borang bagi lesen dan perakuan;

                 (c)   mengawalseliaan pengendalian pihak berkuasa pemerakuan 
                        berlesen;

                 (d)   menetapkan kehendak untuk kandungan, bentuk dan sumber 
                         maklumat dalam rekod penzahiran pihak berkuasa pemerakuan, 
                         pengemaskinian dan ketepatan pada masanya maklumat itu serta 
                         amalan dan dasar lain yang berhubungan dengan rekod penzahiran 
                         pihak berkuasa pemerakuan;

                 (e)   menetapkan borang pernyataan amalan pemerakuan;

                 (f)    menetapkan kehendak kelayakan bagi juruaudit dan prosedur untuk 
                         audit;

                 (g)   menetapkan kehendak bagi repositori dan prosedur bagi 
                         pengiktirafan repositori;

                 (h)   menetapkan kehendak bagi perkhidmatan penanda tarikh/masa 
                         dan prosedur bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda 
                         tarikh/masa;      


mukasurat 64