(2)   Mana-mana pegawai Pengawal yang diberikuasa secara bertulis dengan sewajarnya oleh Pendakwa Raya boleh menjalankan pendakwaan bagi apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.


87.   Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis  yang berlawanan, suatu Mahkamah Majistret Kelas Pertama hendaklah mempunyai bidang kuasa membicarakan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini dan mengenakan hukuman penuh bagi apa-apa kesalahan sedemikian.


88.   Tiada tindakan atau pendakwaan boleh dibawa, dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah terhadap ----

                 (a)   Pengawal atau mana-mana pegawai yang diberikuasa dengan 
                         sewajarnya di bawah Akta ini bagi atau atas atau berkenaan 
                         dengan apa-apa perbuatan yang diarahkan atau yang 
                         dilakukan bagi maksud melaksanakan Akta ini; dan

                  (b)   mana-mana orang lain bagi atau atas atau berkenaan dengan 
                          apa-apa perbuatan yang dilakukan atau dikatakan dilakukan 
                          olehnya di bawah perintah, arahan atau suruhan Pengawal 
                          atau mana-mana pegawai yang diberikuasa dengan 
                          sewajarnya di bawah Akta ini jika perbuatan itu dilakukan 
                          dengan suci hati dan dengan mempercayai dengan 
                          munasabah bahawa ia perlu bagi maksud yang diniatkan 
                          dicapai olehnya.


89.   (1)   Menteri boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengecualikan mana-mana orang atau golongan orang daripada semua atau mana-mana peruntukan Akta ini, kecuali seksyen 4.

         (2)   Menteri boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut atas apa-apa pengecualian di bawah subseksyen (1). 








Bidang kuasa membicarakan kesalahan.

 

 

Perlindungan pegawai.

 

 

 

 

 

 

 

 

 


Kuasa untuk mengecualikan.


mukasurat 63