Penalti am.
|
83. (1) Seseorang
yang melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini yang baginya tiada penalti
diperuntukkan secara nyata, apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi dua
ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun
atau kedua-duanya, dan dalam hal suatu kesalahan yang berterusan boleh sebagai
tambahan didenda harian tidak melebihi dua ribu ringgit bagi setiap hari
kesalahan itu terus dilakukan.
|
|
|
|
Mendapatkan kos prosedural.
|
84. Jika Pengawal mendapati bahawa pihak berkuasa pemerakuan
telah melanggar Akta ini, Pengawal boleh memerintahkan pihak berkuasa pemerakuan
itu membayar kos yang dilakukan oleh Pengawal dalam prosiding pendakwaaan dan
penghakiman berhubungan dengan perintah itu dan dalam menguatkuasanya.
|
|
|
|
Tiada kos atau ganti rugi yang berbangkit
daripada penyitaan boleh diperdapatkan.
|
85. Tiada seorang pun, dalam
apa-apa prosiding di hadapan mana-mana mahkamah berkenaan dengan penyitaan
apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah,
lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita pada menjalankan atau yang
dikatakan pada menjalankan mana-mana kuasa yang diberikan di bawah Akta ini,
berhak kepada kos prosiding itu atau kepada apa-apa ganti rugi atau relif lain
melainkan jika penyitaan itu dibuat tanpa sebab yang munasabah.
|
|
|