|
|
79. (1) Seseorang
pegawai polis yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77 atau 78 atau
seseorang pegawai diberikuasa yang menjalankan penggeledahan di bawah seksyen 77
hendaklah diberikan akses kepada data berkomputer sama ada distorkan dalam suatu
komputer atau selainnya.
(2) Bagi maksud seksyen ini, "akses" termasuklah dengan
diperuntukkan dengan kata laluan, kod penyulitan, kod penyahsulitan, perisian
atau perkakasan yang perlu dan apa-apa cara lain yang dikehendaki untuk
membolehkan data berkomputer difahami.
80. (1) Kecuali
sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen (2), jika apa-apa buku, akaun,
dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis,
alat, artikel atau benda disita di bawah seksyen 77 atau 78, pegawai yang
menyita itu hendaklah menyediakan senarai benda yang disita dan dengan serta
merta menghantarserahkan salinan senarai itu yang ditandatangani olehnya kepada
penghuni premis yang digeledah, atau kepada agen atau pengkhidmatnya, di premis
itu.
(2) Jika premis itu tidak didiami, pegawai yang menyita itu
hendaklah bilamasa boleh melekatkan senarai benda yang disita itu di tempat yang
mudah dilihat di premis itu.
81. Mana-mana orang yang
menghalang, merintangi, menyerang atau mengganggu mana-mana pegawai diberikuasa
dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan.
82. Seseorang pegawai diberikuasa
hendaklah, bagi maksud melaksanakan Akta ini, mempunyai kuasa untuk melakukan
segala atau mana-mana daripada yang berikut:
(a) mengkehendaki pengemukaan rekod, akaun, data berkomputer
dan dokumen yang disimpan oleh suatu pihak berkuasa
pemerakuan berlesen dan meneliti, memeriksa dan menyalin
mana-mana rekod, akaun, data berkomputer dan dokumen
itu;
|
Akses kepada data berkomputer.
Senarai benda disita.
Halangan pegawai diberikuasa.
Kuasa tambahan.
|
|