(3)   Seseorang pegawai polis atau seseorang diberikuasa yang membuat pemeriksaan badan di bawah subseksyen (2) boleh menyita, menahan atau mengambil milik apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang dijumpai pada orang itu bagi maksud penyiasatan yang dijalankan oleh pegawai itu.  

         (4)   Tiada seorang pun wanita boleh diperiksa badannya di bawah seksyen ini kecuali oleh seorang wanita lain.

         (5)   Jika oleh sebab jenis, saiz atau amaunnya, adalah tidak praktik untuk memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang disita di bawah seksyen ini, pegawai yang menyita itu hendaklah, dengan apa-apa cara, mengelak buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel, atau benda itu dalam premis atau dalam bekas yang di dalamnya ia dijumpai.

         (6)   Seseorang yang, tanpa kuasa sah, memecahkan, menggangu atau merosakkan lak yang disebut dalam subseksyen (5) atau memindahkan apa-apa buku, akaun, dokumen, data berkomputer, papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis, alat, artikel atau benda yang dilak atau mencuba untuk berbuat demikian adalah melakukan suatu kesalahan.    

 

 

 

 

Penggeledahan dan penyitaan tanpa waran.


78.   Jika seorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor dalam mana-mana hal keadaan yang disebut dalam seksyen 77 mempunyai sebab munasabah untuk mempercayai bahawa oleh sebab kelewatan dalam memperoleh suatu waran geledah  di bawah seksyen itu penyiasatan akan terjejas atau keterangan mengenai pelakuan sesuatu kesalahan berkemungkinan diganggu, dipindahkan, dirosakkan atau dimusnahkan. pegawai itu boleh masuk ke dalam premis itu dan menjalankan di dalam, ke atas dan berkenaan dengan premis itu semua kuasa yang disebut dalam seksyen 77 dengan cara yang sepenuhnya dan secukupnya seolah-olah dia diberikuasa untuk berbuat demikian oleh suatu waran yang dikeluarkan di bawah seksyen itu.  


mukasurat 60