|
(3) Selanjutnya,
dalam apa-apa hal yang berhubungan dengan pelakuan sesuatu kesalahan di bawah
Akta ini, mana-mana pegawai diberikuasa yang menjalankan penyiasatan boleh
menjalankan segala atau mana-mana daripada kuasa khas berhubungan dengan
penyiasata polis dalam kes boleh tangkap yang diberikan oleh Kanun Prosedur
Jenayah.
77. (1) Jika
seseorang Majistret mendapati, atas maklumat bertulis bersumpah dan selepas
apa-apa siasatan yang difikirkannya perlu, bahawa terdapat sebab yang munasabah
untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan di bawah Akta ini sedang atau telah
dilakukan di mana-mana premis, Majistret itu boleh mengeluarkan waran yang
memberikuasa mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada
Inspektor, atau mana-mana pegawai diberikuasa yang dinamakan dalamnya, masuk ke
dalam premis itu pada bila-bila masa yang munasabah sama ada pada waktu siang
atau malam, dengan atau tanpa bantuan dan jika perlu dengan kekerasan, dan di
sana menggeledah dan menyita ----
(a) salinan apa-apa buku, akaun atau dokumen lain, termasuk
data
berkomputer, yang mengandungi atau yang disyaki dengan
munasabah mengandungi maklumat tentang apa-apa
kesalahan yang disyaki telah dilakukan sedemikian;
(b) apa-apa papan tanda, kad, surat, risalah, lembaran, notis
atau
alat lain yang menggambarkan atau membayangkan bahawa
orang itu ialah pihak berkuasa pemerakuan berlesen; dan
(c) apa-apa dokumen, artikel atau benda lain yang dengan
munasabahnya dipercayai memberikan keterangan mengenai
perlakuan kesalahan itu.
(2) Seseorang pegawai polis atau seseorang pegawai diberikuasa yang
menjalankan penggeledahan di bawah subseksyen (1) boleh, jika pada pendapatnya
adalah dengan munasabahnya perlu untuk berbuat demikian bagi maksud menyiasat ke
dalam kesalahan itu, memeriksa badan mana-mana orang yang berada dalam atau atas
premis itu.
|
Penggeledahan dengan waran.
|
|