|
(3) Jika mana-mana
orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi
apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh
dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan,
pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja agen itu, jika perbuatan,
peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan ----
(a) oleh pekerjanya dalam masa pengajiannya;
(b) oleh agen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau
(c) oleh pekerja agen itu dalam masa pengajian pekerja itu
dengan
agen itu atau selainnya bagi pihak agen itu.
|
|
|
|
|
76. (1) Menteri boleh
memberikuasa secara bertulis mana-mana pegawai awam atau pegawai Pengawal untuk
menjalankan kuasa punguatkuasaan di bawah Akta ini.
76A.
(1) Walau apa pun subseksyen
76 (1), mana-mana pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah daripada Inspektor
hendaklah mempunyai dan boleh menjalankan kuasa penguatkuasaan yang diberikan
oleh Akta ini kepada seorang pegawai diberikuasa.
(2) Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan yang diberikan
di bawah Akta ini kepada seseorang pegawai polis yang pangkatnya tidak rendah
daripada Inspektor, pegawai polis itu, jika tidak berpakaian seragam, hendaklah
apabila diminta, menyatakan jawatannya dan menunjukkan kepada orang yang
terhadapnya dia bertindak kad kuasa sebagaimana yang diarahkan oleh Ketua Polis
Negara supaya dibawa oleh pegawai polis itu.
|
|
|