(2)   Jika mana-mana orang boleh, di bawah Akta ini, dikenakan apa-apa hukuman atau penalti bagi apa-apa perbuatan, peninggala, pengabaian atau keingkaran, maka dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau agennya, atau pekerja agen itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan -----

                 (a)   oleh pekerjanya dalam masa pengajiannya;

                 (b)   oleh agen itu semasa bertindak bagi pihaknya; atau

                 (c)   oleh pekerja agen itu dalam masa pengajian pekerja itu dengan 
                         agen itu atau selainnya bagi pihak agen itu.

Pegawai diberikuasa.


75.   (1)   Menteri boleh memberikuasa secara bertulis mana-mana pegawai awam atau pegawai Pengawal untuk menjalankan kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini.







Kuasa untuk menyiasat.

        (2)   Mana-mana hendaklah disifatkan sebagai seorang pengkhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan.

        (3)   Pada menjalankan mana-mana kuasa penguatkuasaan di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberikuasa hendaklah, apabila diminta, mengemukakan kepada orang yang terhadapnya dia bertindak surat kuasa yang dikeluarkan kepadanya oleh Menteri.


75A.   (1)   Pengawal boleh menyiasat aktiviti suatu pihak berkuasa pemerakuan yang material kepada pematuhannya dengan Akta ini.

          (2)   Bagi maksud subseksyen (1), Pengawal boleh mengeluarkan perintah kepada pihak berkuasa pemerakuan untuk melanjutkan penyiasatannya dan mendapatkan pematuhan dengan Akta ini.       


mukasurat 57