|
|
73. Seseorang yang membuat, secara lisan atau bertulis,
menandatangani atau memberikan apa-apa perisytiharan, penyata, perakuan, atau
dokumen atau maklumat lain yang dikehendaki di bawah Akta ini yang tidak benar,
tidak tepat atau mengelirukan dalam apa-apa butiran adalah melakukan suatu
kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu
ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau
kedua-duanya.
74. (1) Jika suatu
pertubuhan perbadanan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, maka
mana-mana orang yang pada masa pelakuan kesalahan itu ialah pengarah, pengurus,
setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya dalam pertubuhan perbadanan itu
atau yang berupa bertindak atas apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat
bertanggungjawab ke atas pengurusan apa-apa hal-ehwal pertubuhan perbadanan itu
atau yang membantu dalam pengurusan
sedemikian ----
(a) boleh didakwa secara berasingan atau bersama dalam
prosiding yang sama bersekali dengan pertubuhan perbadanan
itu; dan
(b) sekiranya pertubuhan perbadanan itu didapati telah
melakukan
kesalahan itu, hendaklah disifatkan telah melakukan kesalahan
itu melainkan jika, dengan mengambil kira jenis fungsinya atas
sifat itu dan segala hal keadaan, dia membuktikan ----
(i) bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan,
persetujuan atau pembiarannya; dan
(ii) bahawa dia telah mengambil segala langkah yang
munasabah dan telah menjalankan segala usaha yang wajar
untuk mencegah pelakuan kesalahan itu.
|
Maklumat palsu.
Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan.
|
|