|
(4) Apabila diterima bantahan yang dibuat di bawah subseksyen (3), Pengawal hendaklah menyiarkan pembelaan bertulis itu bersama dengan pernyataan Pengawal, dan hendaklah dengan serta-merta memberi pihak berkuasa pemerakuan yang membantah itu notis serta peluang yang munasabah untuk didengar. (5) Jika, selepas suatu pendengaran, Pengawal menentukan bahawa penyiaran pernyataan nasihat itu tidak wajar, Pengawal hendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu. (6) Jika, selepas suatu pendengaran, Pengawal menentukan bahawa pernyataan nasihat itu tidak lagi wajar, Pengawal hendaklah membatalkan pernyataan nasihat itu. (7) Jika, selepas suatu pendengaran, Pengawal menentukan bahawa pernyataan nasihat itu tetap wajar, Pengawal boleh meneruskan atau meminda pernyataan nasihat itu dan boleh mengambil tindakan undang-undang selanjutnya untuk menyingkirkan atau mengurangkan risiko yang dilarang di bawah subseksyen (1). (8) Pengawal hendaklah menyiarkan keputusannya di bawah subseksyen (5), (6) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan, dalam satu atau lebih repositori diiktiraf. |
||||
| kewajipan kerahsiaan. |
|
|||
|
(2) Seseorang yang melanggar subseksyen (1) adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. |
||||
mukasurat 55