|
dikehendaki atau dibenarkan di bawah Akta ini atau disiarkan atas
perintah Pengawal pada melaksanakan kewajipan
pelesenan dan
pengawalseliaannya di bawah Akta ini.
70. (1) Pengawal
boleh mengiktiraf satu atau lebih perkhidmatan penanda/masa, setelah
menentukan bahawa sesuatu perkhidmatan yang hendak diiktiraf memuaskan
kehendak yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta
ini.
(2) Prosedur bagi pengiktirafan perkhidmatan penanda tarikh/masa
hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat
di bawah Akta ini.
(3) Pengawal hendaklah menyiarkan senarai perkhidmatan penanda
tarikh/masa diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang
ditentukan olehnya.
BAHAGIAN VII
AM
71. (1) Tiada
pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkan atau tidak, boleh menjalankan
perniagaannya dengan cara yang menghasilkan risiko kehilangan yang tak
munasabah kepada pelanggan pihak berkuasa pemerakuan itu, kepada orang yang
bergantung pada perakuan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan itu
atau kepada repositori.
(2) Pengawal boleh menyiarkan dalam satu atau lebih repositori
diiktiraf pernyataan ringkas yang menasihatkan pelanggan, orang yang
bergantung pada tandatangan digital dan repositori mengenai apa-apa aktiviti
pihak berkuasa pemerakuan, sama ada dilesenkan atau tidak, yang menghasilkan
risiko yang dilarang di bawah subseksyen (1).
|