|
suatu tandatangan digital yang disahbetulkan oleh kunci awam yang
disenaraikan dalam perakuan yang digantung atau dibatalkan, jika kehilangan
dilakukan lebih daripada satu hari perniagaan selepas repositori menerima
permintaan untuk menyiarkan notis penggantungan atau pembatalan, dan
repositori itu tidak menyiarkan notis itu apabila oram itu bergantung pada
tandatangan digital itu.
(2) Melainkan jika diketepikan, repositori diiktiraf atau
pemunya atau pengendali repositori diiktiraf ----
(a) tidaklah berliabiliti bagi kegagalan untuk merekodkan
penyiaran
sesuatu penggantungan atau pembatalan, melainkan jika repositori
itu telah menerima notis mengenai penyiaran dan satu hari
perniagaan telah berlalu sejak notis itu diterima;
(b) tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1)
melebihi amaun yang
dinyatakan daam perakuan sebagai had pergantungan yang
disyorkan;
(c) tidaklah berliabiliti di bawah subseksyen (1) bagi
----
(i) ganti rugi punitif atau teladan; atau
(ii) ganti rugi bagi sakit atau penderitaan;
(d) tidaklah berliabiliti bagi salah nyata dalam perakuan
yang disiarkan
oleh pihak berkuasa pemerakuan;
(e) tidaklah berliabiliti kerana merekodkan atau
melaporkan dengan
tepat maklumat yang disiarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan
berlesen, mahkamah atau Pengawal sebagaimana yang
dikehendaki atau dibenarkan di bawah Akta ini, termasuk
maklumat mengenai penggantungan atau pembatalan perakuan;
dan
(f) tidaklah berliabiliti kerana melaporkan maklumat
mengenai sesuatu
pihak berkuasa pemerakuan, sesuatu perakuan atau seseorang
pelanggan, jika maklumat itu disiarkan sebagaimana yang
|