(iii)   penerima tandatangan digital itu tidak mempunyai  
                                 pengetahuan atau notis bahawa penandatangan itu -----

                                  (A)   telah melanggar kewajipan sebagai pelanggan; atau

                                  (B)   tidak memegang kunci persendirian yang digunakan 
                                          untuk menambah tandatangan digital itu secara sah; 
                                          dan

                   (d)   bahawa tandatangan digital dihasilkan sebelum ia ditanda 
                           masa oleh suatu perkhidmatan penanda tarikh/masa diiktiraf 
                           yang menggunakan sistem boleh dipercayai.



BAHAGIAN VI

REPOSITORI DAN PERKHIDMATAN PENANDA TARIKH/MASA


68.   (1)   Pengawal boleh mengiktiraf satu atau lebih repositori, setelah menentukan bahawa sesuatu repositori, setelah menentukan bahawa sesuatu repositori yang hendak diiktiraf memuaskan kehendak yang ditetapkan dalam peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

         (2)   Prosedur bagi pengiktirafan repositori hendaklah sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

         (3)   Pengawal hendaklah menyiarkan senarai repositori diiktiraf dalam apa-apa bentuk dan mengikut apa-apa cara yang ditentukan olehnya.


69.   (1)   Walau apa pun apa-apa penolakan oleh repositori atau apa-apa kontrak yang berlawanan antara repositori dan pihak berkuasa pemerakuan berlesen atau pelanggan, repositori hendaklah berliabiliti bagi kehilangan yang dilakukan oleh seseorang yang dengan munasabahnya bergantung pada 

 

 

 


Pengiktirafan repositori.

 

 

 








Liabiliti repositori.


mukasurat 52