berlesen apabila tandatangan digital itu dihasilkan, jika tandatangan digital itu ----

                 (a)   boleh disahbetulkan oleh perakuan itu; dan

                 (b)   ditambahkan semasa perakuan itu sah.


Anggapan dalam menghakimi pertikaian.


67.  
Dalam menghakimi pertikaian yang melibatkan tandatangan digital, mahkamah hendaklah menganggap -----

                  (a)   bahawa perakuan yang ditandatangani secara digital oleh pihak 
                          berkuasa pemerakuan berlesen dan ----

                          (i)   yang disiarkan dalam repositori diiktiraf; atau

                         (ii)   yang diadakan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen 
                                yang mengeluarkan atau oleh pelanggan yang disenaraikan 
                                dalam perakuan. 

                          adalah dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen 
                          yang menandatanganinya secara digital dan adalah diterima oleh 
                          pelanggan yang disenaraikan di dalamnya;

                   (b)   bahawa maklumat yang disenaraikan dalam perakuan sah dan 
                          disahkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen yang 
                          mengeluarkan perakuan itu adalah tepat;

                   (c)   bahawa jika tandatangan digital disahbetulkan oleh kunci awam 
                           yang disenaraikan dalam perakuan sah yang dikeluarkan oleh 
                           pihak berkuasa pemerakuan berlesen ----

                           (i)   tandatangan digital itu adalah tandatangan digital pelanggan 
                                  yang disenaraikan dalam perakuan itu;

                          (ii)   tandatangan digital itu telah ditambah oleh pelanggan itu 
                                 dengan niat untuk menandatangani mesej itu; dan    


mukasurat 51