(2)   Jika penerima menentukan untuk tidak bergantung pada tandatangan digital di bawah seksyen ini, penerima hendaklah memberitahu penandatangan dengan segera mengenai penentuannya untuk tidak bergantung pada tandatangan digital dan alasan bagi penentuan itu.

 




64.   (1)   Suatu mesej hendaklah sah, berkuatkuasa dan berkesan seolah-olah ia telah ditulis atas kertas jika ----

                 (a)   ia mengandungi secara keseluruhannya suatu tandatangan 
                        digital; dan

                 (b)   tandatangan digital itu disahbetulkan oleh kunci awam yang 
                         disenaraikan dalam perakuan yang ----

                         (i)   telah dikeluarkan oleh suatu pihak berkuasa pemerakuan 
                               berlesen; dan

                        (ii)   sah pada masa tandatangan digital itu dihasilkan.

          (2)   Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menghalang apa-apa mesej, dokumen atau rekod daripada disifatkan sebagai bertulis atau secara tulisan di bawah mana-mana undang-undang terpakai lain.


65.   Suatu salinan mesej yang ditandatangani secara digital hendaklah sah, berkuatkuasa dan berkesan seperti asal mesej itu melainkan jika adalah jelas bahawa penandatangan telah menetapkan suatu hal tertentu mesej yang ditandatangani secara digital itu sebagai asal yang unik, yang dalam hal itu hanya hal tertentu itu merupakan mesej yang sah, berkuatkuasa dan berkesan.


66.   Perakuan yan dikeluarkan oleh pihak berkuasa pemerakuan berlesen hendaklah merupakan pengakuterimaan tandatangan digital yang disahbetulkan dengan merujuk kepada kunci awam yang disenaraikan dalam perakuan, tidak kira sama ada perkataan mengenai pengakuterimaan nyata terdapat dengan tandatangan digital itu dan tidak kira sama ada penandatangan hadir secara fizikal di hadapan pihak berkuasa pemerakuan


Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen bertulis.

 

 

 

 

 

 

 


Mesej yang ditandatangani secara digital disifatkan sebagai dokumen asal.



Pengesahan tandatangan digital.


mukasurat 50